Friday, August 27, 2010

Mimpi meninggal dunia

Lama sudah ingin bercerita disini berkaitan ajal dan maut. kedua-duanya berkait rapat, bagai lagit dan bumi, bagai aur dan tebing.Korang pernah tak mimpi korang mati sebelum waktunya.

Sewaktu aku tidur selepas sahur puasa yang ke berapa ye..rasanya yang ke dua belas hari. Aku mimpi yang aku meninggal dunia. Ini first time dalam hidup aku mimpi sedemikian rupa. menangis teresak-esak aku. basah bantal aku.

Sebelum aku meninggal aku kata pada mak aku. 
"Mak, along pergi dulu ye.. ada orang nak datang ambil nyawa along kejap lagi"..
Mak aku :: "baik ko tarik apa yang ko kata tadi"

Lantas aku terus meninggalkan dunia. apa yang aku nampak semua orang disekeliling sedih, meraung.. 
Aku pun sedih kerana meninggalkan dorang semua.

Terus aku tersedar dalam keadaan menyedihkan, lantas bangun mandi, solat subuh dan bersyukur aku masih hidup. bergegas terus pergi Uitm awal-awal pagi ahad. hari tu de test FAR.

"Kata orang mimpi adalah bunga tidur tetapi ada juga yang bilang mimpi bisa jadi kenyataan. Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan, atau indra-indra lain dalam tidur."

1 comments:

Anonymous said...

saya juga mimpi yg sama mlm td... :(